Pendaftaran Dan Keahlian

  • Pemohon hendaklah mengisi Borang Pendaftaran Keahlian yang disediakan.
  • Permohonan hendaklah disertakan bersama :-
    • MyKad / MyKid / salinan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak yang tiada MyKid / salinan Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
    • Yuran Tahunan Keahlian seperti di jadual berikut :-
    • Bil Kategori Keahlian Kadar Yuran (RM)
      1 Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) 6.00
      2 Dewasa (13 tahun ke atas) 11.00
      3 Warga Emas (55 tahun ke atas) & Orang Kelainan Upaya (O.K.U) Percuma
      4 Bukan Warganegara Kanak-kanak 16.00
      5 Bukan Warganegara Dewasa 21.00

SYARAT - SYARAT KEAHLIAN

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan warganegara asing.
  2. Pemohon hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Keahlian.
  3. Pemohon hendaklah mengemukakan MyKad / MyKid / salinan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak yang tiada MyKid / salinan Pasport bagi bukan warganegara Malaysia.
  4. Pemohon perlu membayar yuran tahunan mengikut kadar yang ditetapkan.
  5. Ahli perlu bersetuju untuk patuh kepada peraturan-peraturan perpustakaan yang telah digariskan sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan.