Sirkulasi

Kaunter Sirkulasi bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan koleksi perpustakaan. Perkhidmatan pinjaman menyediakan pelbagai bahan bercetak dalam pelbagai subjek, fiksyen dan bukan fiksyen bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sistem automasi perpustakaan yang diguna pakai oleh perkhidmatan sirkulasi adalah Sistem KOHA. Syarat-syarat keahlian Perpustakaan Awam Negeri (Dewasa, Remaja dan Kanak-kanak)

  1. Warganegara Malaysia boleh memohon keahlian menggunakan Mykad.
  2. Permohonan oleh Anggota Tentera/ Polis,Kanak-kanak (tidak mempunyai Mykad) termasuk warganegara asing hendaklah memohon keahlian menggunakan Smartcard.
  3. Pemohonan keahlian menggunakan Mykad akan dikenakan pendaftaran RM1.00 (3 tahun sekali) dan yuran tahunan keahlian sebanyak RM10.00 (dewasa/remaja) dan RM5.00 (kanak-kanak).. Pendaftaran menggunakan Smartcard akan dikenakan tambahan sebanyak RM5.00 pada tahun pertama.
  4. Keahlian yang telah tamat tempoh selepas 1 tahun mesti memperbaharui keahlian mereka untuk membolehkan pinjaman bahan di lakukan seterusnya.