Pinjaman Dan Denda

  • Perkhidmatan pinjaman menyediakan koleksi bahan bacaan ilmiah dalam pelbagai bidang perkara, fiksyen dan bukan fiksyen bagi kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa.
  • Jumlah buku yang boleh dipinjam adalah sebanyak enam (6) buah naskhah buku.
  • Tempoh pinjaman buku adalah selama 14 hari (2 minggu), peminjam boleh melanjutkan pinjaman secara atas talian sebanyak dua (2) kali sahaja.
  • Denda sebanyak RM 0.20 sehari untuk senaskhah buku akan dikenakan mengikut jumlah hari lewat pemulangan buku.
  • Ahli dikehendaki membayar harga buku bagi kehilangan dan kerosakan teruk pada buku termasuk kos proses (RM5.00).