SPBK

Skim Pinjaman Buku Berkelompok(SPBK) merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak kepada jabatan/ organisasi/ pertubuhan/ kelab/ persatuan. Perkhidmatan SPBK adalah pinjaman koleksi ilmiah dan fiksyen dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris meliputi koleksi kanak-kanak, remaja dan dewasa dengan jumlah 100 hingga 200 naskhah koleksi bagi tempoh pinjaman untuk tiga(3) bulan.

OBJEKTIF

  • Untuk memberi sokongon dan galakan kepada jabatan/ organisasi/ pertubuhan/ kelab/ persatuan dalam usaha menyediakan kemudahan bahan bacaan kepada kakitangan dan orang ramai;
  • Untuk membantu mempelbagaikan koleksi bahan bacaan sedia ada;
  • Untuk memperluaskan lagi perkhidmatan perpustakaan awam negeri dan menyebarkan bahan bacaan khususnya kepada penduduk yang jauh dari pusat bandar bagi menikmati kemudahan mendapatkan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak PPANPk; dan
  • Sebagai satu usaha untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SKIM PINJAMAN BUKU BERKELOMPOK (SPBK)

  1. Permohonan hendaklah dikemukakan secara bertulis dengan menggunakan borang PPA.PK(RP)68.
  2. Agensi peminjam hendaklah menyediakan satu tempat/rak khas yang selamat bagi menempatkan koleksi SPBK.
  3. Agensi peminjam hendaklah mengemukakan seorang pegawai yang akan dipertanggungjawabkan ke atas urusan pinjaman koleksi SPBK.
  4. Sejumlah 100 hingga 200 naskhah koleksi dibenarkan bagi setiap pinjaman dalam tempoh tiga(3) bulan. Lanjutan tempoh pinjaman bagi jangka masa tiga(3) bulan berikutnya boleh dipertimbangkan melalui permohonan yang dikemukakan satu(1) bulan sebelum tarikh akhir pemulangan bahan pinjaman
  5. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak tidak bertanggungjawab bagi urusan pengangkutan koleksi SPBK yang dipinjam.
  6. Agensi peminjam adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam.
  7. Agensi peminjam adalah bertanggungjawab untuk membayar denda dan ganti rugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam tempoh pinjaman mengikut harga buku berserta kos proses sebanyak RM5.00 bagi setiap naskhah.
  8. Denda lewat pemulangan akan dikenakan sebanyak RM0.20 sehari bagi setiap buku.
  9. Agensi peminjam dianggap bersetuju mematuhi syarat-syarat pinjaman semasa mengemukakan Borang SPBK, No. Siri PPA.Pk(RP)68.
  10. Senarai pinjaman koleksi SPBK akan diserahkan untuk tujuan semakan.

*Nota : Agensi peminjam merujuk kepada jabatan/ organisasi/ pertubuhan/ kelab/ persatuan