MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEHARI BERSAMA WIRA NEGARA

IPOH, 19 OKTOBER 2023 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) dan Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Perak telah bekerjasama dalam penganjuran Program Sehari Bersama Wira Negara. Program ini bermatlamat untuk memperingati perjuangan wira negara dalam mempertahankan keselamatan dan kemakmuran negara. Program seumpama ini dapat menyuntik semangat patriotik dalam setiap individu bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan sayangkan negara.

Yang Berhormat Tuan Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak telah hadir mewakili YAB. Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Sehari Bersama Wira Negara di Hotel Casuarina@Meru. Beliau turut mengalu-alukan usaha PPANPk untuk menganjurkan program sebegini setiap tahun memandangkan ianya banyak memberikan informasi dan pendedahan kepada masyarakat Perak mengenai pasukan beruniform di negara kita.

Yang Berhormat turut menyampaikan cenderamata kepada panel ‘Bicara Tokoh Pejuangan Perak’ iaitu Encik Radzi bin Sapiee, Mejar (B) Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman dan Encik Ibrahim bin Ahmad sebagai moderator. Sejurus selesai, Yang Berhormat juga berkesempatan melawat pameran yang membabitkan pasukan beruniform iaitu Polis Kontinjen Perak, Akademi Tentera Udara, Markas Pemerintahan Armada Barat Pengkalan TLDM Lumut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pertahanan Awam Negeri Perak dan Malaya Historical Group.

Program ini telah dihadiri seramai 300 orang peserta dari kalangan Ketua Jabatan, Ahli Lembaga Pengarah PPANPk, Ahli Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan/ Agensi Beruniform, IPTA/IPTS, guru-guru dan pelajar sekolah, serta pihak wartawan dan media.

Hadir sama mengiringi Yang Berhormat ialah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah binti Abdul Aziz dan Presiden Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak, Profesor Kehormat Dr. Ahmad Jelani bin Halimi dan.