TEAM BUILDING PPANPk MENGERATKAN TALI UKHUWAH ANTARA KAKITANGAN
KAMPAR, 8 dan 9 September 2023 – PPANPk telah menganjurkan Program Team Building 2023 selama 2 hari 1 malam di Kompleks Rakan Muda Kampar. Program ini telah disertai seramai 140 orang kakitangan daripada pelbagai peringkat umur dan jawatan. Hadir sama memberikan sokongan adalah YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk yang juga telah menyertai dalam semua acara yang dianjurkan.
Program team building pada tahun ini memberikan kejutan kepada para peserta kerana peserta mengetahui aktiviti yang dijalankan setelah sampai ke destinasi tersebut. Tugasan-tugasan yang diberikan adalah untuk memperkasakan semangat berpasukan, mewujudkan interaktif positif, meningkatkan motivasi, berinteraksi dan membina hubungan yang baik dan akhirnya dapat mewujudkan satu pasukan kerja yang benar-benar akrab, setia, baik-baik sahaja dan sebagainya.
Semoga penekanan terhadap semangat kerja berpasukan dapat melahirkan organisasi yang efisien dan berdaya maju. Kita juga bekerja dalam keluarga yang besar dan senantiasa bertolak ansur untuk mengeratkan tali ukhuwah antara satu sama lain kerana Allah S.W.T.