SPRM NEGERI PERAK JALIN KERJASAMA KONGSI MAKLUMAT INTEGRITI

Ipoh, 3 Januari 2024- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menerima kunjungan hormat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak, hari ini.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah SPRM Negeri Perak, Tuan Ahmad Sabri bin Mohamed dan disambut oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz.

Kunjungan hormat ini merupakan langkah awalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Negeri Perak menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak bagi perkongsian maklumat berkaitan integriti dan pendidikan kepada masyarakat.