PAMERAN SENI TIME TRAVEL EVOLUTION
IPOH, 29 Oktober 2026 – Pameran Seni – Time Travel Evolution telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri dan Digital Perak (PPANPk) melalui jalinan kerjasama PPANPk melalui Galeri Koleksi Khazanah Negeri Perak, dengan Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh.
Pameran seni ini bertujuan untuk mendekatkan seni kepada masyarakat, khususnya murid sekolah melalui penerokaan pelbagai medium dan teknik yang menyuburkan kreativiti, imaginasi serta ekspresi diri. Pengisian program meliputi Pameran Seni, Pertandingan Mewarna kanak-kanak tadika dan sekolah rendah di Zon Pintar dan podcast Time Travel Evolution di Galeri Koleksi Khazanah Negeri Perak.
Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengarah PPANPk, YBrs. Dr. Rafidah binti Abdul Aziz. Hadir sama daripada Institut Pendidikan Guru Kampus, Encik Sahanudin Bin Yusof (Ketua Jabatan Sains Sosial), Encik Asmawi Bin Nasir, Puan Salzuriawani Binti Ridzwan, Dr. Punithavili A/P Mariappan (Pensyarah Pendidikan Seni Visual)
Selain sesi lawatan ke Pameran seni, Pengarah PPANPk turut diundang bersama tetamu jemputan ke sesi podcast membicarakan tentang pameran seni time travel evolution dan penjenamaan perpustakaan awam negeri dan digital, impaknya kepada masyarakat.
Kunjungi Pameran Seni Time Travel Evolution ini yang terus diadakan sehingga Disember 2026 di Galeri Koleksi Khazanah Negeri Perak dan Galeri Perak Kite.













































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





