PROGRAM SEMARAK ILMU @ PERPUSTAKAAN

TAIPING, 13 Oktober 2022- Perpustakaan Awam Cawangan Utama Taiping telah menganjurkan Program Semarak Ilmu @ Perpustakaan bertempat di Perpustakaan Awam Taiping. Program telah dirasmikan oleh YB Puan Jamilah Binti Zakaria, Pengerusi Lembaga Pengarah PPANPk. Antara pengisian program adalah Pertandingan Bercerita Muzikal, Mencanting Batik, Tulisan Khat, Infohunt, Kraftangan Kreatif Cilik, dan pameran agensi. Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang setiap aktiviti.