KETUA PENGARAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA RASMI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SANTUNI MADANI @PERPUSTAKAAN DESA PADANG TEMBAK/TELUK MUROH

LUMUT, 12 Oktober 2024 - Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, YBrs. Puan Salasiah binti Abdul Wahab telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Santuni Madani di Perpustakaan Desa Padang Tembak/Teluk Muroh.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz; Pengerusi JPKK merangkap Pengerusi JKPD Batang Padang Tembak/ Teluk Muroh, Tuan Haji Mohd Salim bin Ghazali; Setiausaha Sulit Kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Azri bin Jaafar dan Penghulu Mukim Lumut, Puan Nor Shahidah binti Ahamad.

Program anjuran Perpustakaan Negara Malaysia diadakan bertujuan untuk mempromosikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat serta menyatukan komuniti dalam sebuah program yang bukan sahaja memberikan fokus kepada pembudayaan membaca tetapi juga mengandungi perpaduan dan semangat komuniti setempat.

Antara program-program yang diadakan seperti Jom Baca Rukun Negara, Teka Muka Surat Buku dan Berat Buku, Demonstrasi memasak Kuih Wajik Delima, aktiviti Mereka Bentuk Baju Tradisional Menggunakan Surat Khabar, Pertandingan Memasak Kuih Cucur Badak, pameran agensi, jualan rahmah dan banyak lagi.