PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI DI ROYAL BELUM

GERIK, 20 Jun 2024 - Program Gerakan Membaca@Royal Belum telah berlangsung dengan meriah di Sekolah Kebangsaan RPS Banun. Program ini juga merupakan program yang bersifat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PPANPk yang bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, khususnya untuk komuniti orang asli. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Salbiah Binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor.

Program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 350 orang pelajar dan Ibu bapa yang terdiri daripada komuniti orang asli. Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi memupuk minat membaca dan meningkatkan literasi dalam kalangan peserta. Aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan Art Stone, Creative Cupcake, Reading Word Fun, Info Hunt, dan Book Concert, selain daripada Persembahan Man Belon serta bengkel pembelajaran membuat Choco Jar.

Penganjuran program ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak, termasuk Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, SK RPS Banun, Kolej Komuniti Gerik, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kesatuan Orang Asli dan masyarakat setempat. Dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak, kita mampu melahirkan generasi muda dan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, dan berwawasan tinggi pada masa akan datang.

Hadir sama, YBrs. Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak; En Zamarul Bin Ahmad, Guru Besar SK RPS Banun; Encik Elavarasan a/l M Suppiah, Wakil Pengarah Kolej Komuniti Gerik, dan Encik Kamel Bin Aleng Pengerusi Kesatuan Orang Asli