RETREAT PENGUKUHAN PENGURUSAN KERJA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 24 - 25 November 2022 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Retreat Pengukuhan Pengurusan Kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak bertempat di Hotel Kinta Riverfront dan telah melibatkan seramai 83 orang kakitangan perkhidmatan perpustakaan.

Retreat yang dijalankan selama dua (2) hari ini bertujuan untuk mengukuhkan perkhidmatan perpustakaan di negeri Perak dari segi aspek perkhidmatan, pengurusan dan teknikal. Diantara pengisian retreat termasuklah sesi bersama Pengarah dalam slot Biblioterapi, aktiviti dan komuniti, Slot kedua, Taklimat pengukuhan pengurusan perpustakaan,  pengkalan data dan program galakan membaca disampaikan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, Puan Wirda Lisa @ Hanim Dalina binti Mohd Arsad, Slot ketiga, Pembentangan proses kerja bagi pengukuhan Sistem KOHA dan EZiSTAT disampaikan oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Muhamad Zakaria bin Abdul Rahman Adas, Slot keempat, Tatacara pengisian PGG sistem EZiSTAT disampaikan oleh Ketua Unit Rangkaian, Puan Nor Fadhilah binti Yunus dan slot terakhir adalah Pengukuhan hal ehwal kewangan disampaikan oleh Ketua Unit Kewangan, Puan Noor Syazwani binti Wazirruddin.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz.