PPANPk LANCAR “READING STARTER KIT”

IPOH, 10 OKTOBER 2023 – Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), Yang Berhormat Tuan Khairudin bin Abu Hanipah telah menyempurnakan Majlis Pelancaran “Reading Starter Kit”  di Hotel Casuarina@Meru.

 

Perkhidmatan “Reading Starter Kit” membawa slogan ‘terokai ilmu’ merupakan perkhidmatan baru di Zon Pintar Kanak-kanak yang diperkenalkan kepada pengguna perpustakaan Awam Negeri Perak. Ianya merupakan pinjaman secara berkelompok mengikut tema yang telah ditetapkan. Di setiap beg mempunyai enam judul buku kanak-kanak yang boleh dipinjam dalam tempoh dua minggu bagi penambahan koleksi bacaan kanak-kanak. Diantara tema yang disediakan seperti kerjaya, kasih sayang, budi bahasa, emosi, empati, buli dan kebahagiaan. Perkhidmatan ini dilengkapkan dengan sebuah beg yang direka khas beserta sebuah petikan ‘membaca kamu mengenal dunia, dengan menulis kamu dikenali dunia’.

 

Hadir sama, Encik Mohd Azraie bin Harun, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; Puan Nurul Afizal binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pegawai Kewangan (Khidmat Pengurusan); Puan Siti Suzani binti Mohamed Taib, Timbalan Pengarah Kanan Perpustakaan Negara Malaysia; Ts. Amirul Firdaus bin Zilah, Persatuan Pustakawan Malaysia; Puan Fadhilah binti Hawary, Ketua Penolong Pengarah Kanan JPN; Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar; Dr. Zabidin bin Haji Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak dan Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk.