PROGRAM SEMARAK PERPADUAN #komunitiOrangAsli@ KG. SUNGAI ODAK, TAPAH, PERAK

Kampung Sungai Odak, 04 Mei 2024 - Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan Program Semarak Perpaduan #komunitiOrangAsli@ Kg Sungai Odak, Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Senator Saraswathy Kandasami dengan diiringi oleh YBhg. Puan Salasiah binti Abdul Wahab, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan YBhg. Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

YB Senator Puan Senator Saraswathy Kandasami telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Desa Sungai Odak bagi menyantuni pengunjung yang hadir. YB Senator berbesar hati untuk menyampaikan sebuah cerita dalam sesi lawatan tersebut.

Program diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang memasuki acara-acara pertandingan yang berlangsung seawal jam 7.00 pagi. Program yang dianjurkan adalah bagi menyokong Aspirasi Keluarga Malaysia, sekali gus menjadi platform integrasi untuk membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan agama.