PROGRAM GERAKAN MEMBACA@PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN PADANG RENGAS

KUALA KANGSAR, 10 Disember 2022 – Sebagai penggerak galakan membaca di dikalangan masyarakat setempat, Program Gerakan Membaca@Perpustakaan telah dilaksanakan di Perpustakaan Awam Padang Rengas. Seramai 150 orang peserta dan 200 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk sekitar telah menyertai program yang dijalankan.

Program dimulakan dengan Ceramah Kesihatan yang bertajuk Menu Sihat dan telah disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan Klinik Kesihatan Padang Rengas, Puan Shaharizan bt Azizi. Pengunjung yang hadir juga berpeluang menyertai lain-lain program diantaranya pertandingan kuiz ezi sunnah, canting batik, pencarian maklumat, roda ilmu, hide & seek puzzle, dan bengkel memanah.

Hadir sama, Penghulu Mukim kampung Buaia, Encik Ahmad Syihan bin Ahmad Suhaimi dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Bt Abdul Aziz.