PROGRAM GERAKAN MEMBACA@PERPUSTAKAAN DESA KUAK 2022

KUALA KANGSAR, 03 Disember 2022- Program Gerakan Membaca@Perpustakaan Desa 2022 telah diadakan di Perpustakaan Desa Kuak. Seramai 250 orang pengunjung dan 150 orang peserta telah menyertai aktiviti yang dijalankan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan Perpustakaan Desa Kuak sekaligus menjadikan perpustakaan sebagai destinasi galakan membaca dan pencarian maklumat untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat. Antara pengisian program adalah teka muka surat buku, pertandingan nasyid sekolah rendah, pertandingan mencari buku tokoh agama Islam/pemimpin Malaysia, pertandingan hide & seek puzzle, pertandingan indahnya seni khat, pertandingan cintai jawi dan cabutan bertuah.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah Lenggong, Encik Hairil Faiz bin Hanafiah, dan Penghulu Mukim Duriuan Pipit, Lenggong, Encik Noor Adzahar bin Mohd Yunus, PPT.