PROGRAM CERAMAH WANITA “MENCARI PELANGI SELEPAS HUJAN”

IPOH, 14 Disember 2022 – Sambutan program Ceramah Wanita “Mencari Pelangi Selepas Hujan” sangat menggalakkan dan telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada Persatuan-persatuan Ibu Tunggal Negeri Perak, Pertubuhan Wanita Prihatin Negeri Perak, Persatuan Keluarga Polis Briged Ulu Kinta (PERKEP), Puspanita Negeri Perak, Pusnita Ahli Bersara Seumur Hidup, dan Persatuan Pedagang dan Usahawan Melayu Negeri Perak. Program ini dianjurkan adalah sebagai satu usaha pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak untuk memartabatkan kaum wanita sebagai ikon dalam keluarga dan masyarakat.

Ceramah yang bertajuk “Mencari Pelangi Selepas Hujan” telah disampaikan oleh Pakar Psikologi, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan Perak, Puan Rahilah Binti Abdul Rahim. Terdahulu Pengarah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz telah memberikan pengenalan mengenai konsep Biblioterapi kepada peserta yang hadir.  Turut disediakan Pameran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JPN) dan Lembaga Pembangunan dan Penduduk Negeri Perak (LPPKN).