MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PERTUBUHAN WAWASAN PELANCONGAN KREATIVITI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA (Pro-Tac)

KARAI, 2 September 2024 - Satu program Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Pertubuhan Wawasan Pelancongan Kreativiti Dan Kebudayaan Malaysia (Pro-Tac) dengan 14 agensi termasuk Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah diadakan di D’village Karai. MOU ini adalah bertujuan untuk bersama-sama membantu memperkasakan kepelbagaian bidang pelancongan, kreativiti dan kebudayaan selaras dengan Dasar-dasar Negara berkaitan dengannya pada masa ini. MOU ini telah ditandatangani oleh Dato’ Mohamad Kamil bin Dato’ Shafie, Pengerusi Pertubuhan Wawasan Pelancongan Kreativiti dan Kebudayaan Malaysia (Pro-Tac) dan Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dengan disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, YB Tuan Mohd Azlan Helmi bin Hilmi semasa Majlis Pelancaran Pro-Tac.