PROGRAM GERAKAN MEMBACA BENGKEL PUPPET DIY DAN TAKLIMAT PENCARIAN MAKLUMAT MELALUI ONLINE

TELUK INTAN, 14 FEBRUARI 2023 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Program Gerakan Membaca Bengkel Puppet DIY dan Taklimat Pencarian Maklumat Melalui Online yang bertempat di Perpustakaan Desa Sungai Sumun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan Perpustakaan Desa Sungai Sumun disamping dapat menjadikan Perpustakaan Desa Sungai Sumun sebagai pusat aktiviti dan pencarian maklumat.

Antara pengisian program adalah taklimat literasi maklumat, pencarian maklumat secara online, dan bengkel kreatif puppet DIY.

Hadir sama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Bt Abdul Aziz dan Pensyarah Kolej Komuniti Bagan Datuk, Puan Ezaimy Binti Zainal Abidin