PROGRAM GERAKAN MEMBACA@PERPUSTAKAAN AWAM SELAMA

Program Gerakan Membaca@Perpustakaan Awam Selama telah diadakan pada 24 Jun 2023 (Sabtu). Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Muhammad Haffizi Bin Abdul Hamid, Penghulu Mukim Selama dengan diiringi oleh Puan Wirda Lisa @ Hanim Dalina Binti Mohd Arsad, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat mewakili Pengarah PPANPk.

Seramai lebih kurang 200 orang pengunjung yang hadir menyertai pelbagai aktiviti dan turut sama memeriahkan program. Aktiviti yang disediakan sepanjang program berlangsung adalah Pertandingan Puzzle Keluarga, Pertandingan Kolaj, Pertandingan Treasure Hunt, Pertandingan e-Sport, Family Fun Game dan Bengkel Bouquet. Selain itu, disediakan juga pameran dari Klinik Pergigian Selama, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Perkhidmatan Bergerak Tabung Haji Bagan Serai serta tajaan minuman percuma dari Syarikat Enrico's Raviraj Sdn Bhd.

Diharapkan program ini mampu menyemarakkan rasa minat kepada perpustakaan di kalangan komuniti Selama.