PESTA BUKU PERAK 2023

Ipoh, 4 Ogos 2023 – Majlis Perasmian Pesta Buku Perak 2023 dengan tema “Lestarikan Budaya, Martabatkan Warisan” telah disempurnakan oleh YB Tuan Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak mewakili YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. YB Tuan Khairudin Abu Hanipah menyampaikan hasrat YAB Menteri Besar agar penganjuran Pesta Buku Perak 2023 ini dapat menjadi platfom dalam memperkasakan lagi industri perbukuan negara sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam 18 Flagship Perak Sejahtera iaitu Program Pembolehdayaan Modal Insan Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Majlis diserikan dengan persembahan tarian daripada Kumpulan Selendang Perak. Sejurus selesai YB Tuan Khairudin turut berkesempatan melawat reruai pempamer dan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.