PERPUSTAKAAN BERGERAK MULTIMEDIA@SK TASEK DERMAWAN

IPOH, 2 Disember 2022- Perpustakaan Bergerak Multimedia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah dijemput bersama-sama menyertai Program di Sekolah Kebangsaan Dermaan sempena Kempen Galakan Membaca yang diadakan di Dewan SK Tasek Dermawan. Tujuan Program ini adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Multimedia disamping dapat menyemarakkan lagi semangat membaca di kalangan warga sekolah.

Seramai 564 orang pengunjung dikalangan pelajar dan guru dan 434 orang murid yang menyertai aktiviti yang dijalankan. Antara perkhidmatan yang disediakan seperti menyediakan bahan bacaan fiksyen dan ilmiah, kemudahan multimedia, mempromosi dan memperkenalkan pengkalan data perpustakaan (e-books dan e-journal). Disamping itu, lain-lain aktiviti turut diadakan untuk murid-murid SK Tasik Dermawan antaranya seperti playing with alphabets, hide and seek puzzle dan kuiz roda ilmu.