PERPUSTAKAAN BERGERAK MULTIMEDIA@SK SERI AMPANG

IPOH, 29 November 2022- Perpustakaan Bergerak Multimedia Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah dijemput bersama-sama menyertai program di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang bersempena Sambutan Bulan Pusat Sumber Sekolah bertempat di Dewan Al-Fateh SK Seri Ampang.

Program ini bertujuan menyediakan dan memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Multimedia disamping melaksanakan aktiviti yang menarik kepada pelajar sekolah. Seramai 754 orang murid dan guru telah mengunjungi Perpustakaan Bergerak Multimedia dan seramai 557 orang peserta telah menyertai aktiviti yang dijalankan. Di antara pengisian program adalah pameran perpustakaan bergerak, promosi perpustakaan, promosi pangkalan data dan kuiz roda ilmu.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah YB Wong Chai Yi, ADUN Simpang Pulai seterusnya telah merasmikan program dan mengadakan lawatan di Perpustakaan Bergerak Multimedia.