PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2023 PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 31 OKTOBER 2023- Perhimpunan Bulanan Bil.2/2023 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah diadakan bertempat di Bilik Cempaka Perpustakaan Awam Negeri. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh YBrs. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, Ketua-ketua Bahagian serta seluruh warga kerja PPANPk. Antara intipati utama Perhimpunan Bulanan diadakan ialah penyampaian hala tuju PPANPk oleh YBrs. Pengarah PPANPk. Perhimpunan ini telah dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian yang melibatkan seramai 145 orang kakitangan yang hadir bagi mendengar ucapan beliau. Di samping itu, dengan adanya Perhimpunan Bulanan ini silaturrahim di kalangan warga kerja PPANPk juga akan terjalin erat.