PROGRAM WACANA ILMU SIRI 1: MOH KITA DENGO “PERAK DI KURUN KE – 18”

IPOH, 6 MEI 2024 – Program Wacana Ilmu Siri 1: Moh Kita Dengo “Perak Di Kurun Ke-18” telah di sertai seramai 160 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi, IPTA/ IPTS, guru-guru dan pelajar sekolah menengah di Daerah Kinta.

Yang Berusaha Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Wacana Ilmu Siri 1: Moh Kita Dengo “Perak Di Kurun Ke-18” di Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli panel dan moderator jemputan yang hebat dalam melontarkan idea menyebarkan pengetahuan dengan tajuk wacana ilmu "Perak di Kurun ke-18" iaitu:

Panel 1 : Profesor Madya Dr. Ramli bin Saadon, Pensyarah Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Panel 2 : Tuan Haji Noor Azman Shah bin Mohd Yussof, Ketua Penolong Pengarah

Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Moderator : Encik Shairiman bin Badzri, Penolong Pengarah Unit Media Pendidikan, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Program Wacana Ilmu Siri 1: Moh Kita Dengo “Perak Di Kurun Ke-18” ini adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pendedahan kepada peserta dalam memahami perjalanan sejarah negeri Perak pada kurun ke-18. Ianya juga dapat memberikan kesedaran yang berharga tentang bagaimana negeri Perak berkembang dan berinteraksi dengan dunia disekitarnya pada masa lalu, serta bagaimana pengaruh-pengaruh tersebut telah dapat membentuk identiti dan arah masa depan negeri Perak. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua peserta yang hadir.