KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN

IPOH, 22 dan 23 November 2023 - Seramai 35 kakitangan dan pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak daripada Bahagian Khidmat Pengurusan, Pendokumentasian dan Teknikal serta Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat telah hadir untuk menyertai Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan di Tower Regency Hotel & Apartments.

Kursus ini memberi fokus mengenai pengurusan perolehan kerajaan berdasarkan kepada peraturan dan pekeliling perbendaharaan semasa yang berkuatkuasa. Melalui kursus ini para peserta turut diberikan pencerahan bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran dalam bidang perolehan diantaranya punca kuasa perolehan, peranan dan tanggungjawab urus setia perolehan, tatacara pembelian terus dan lantikan terus, tatacara sebut harga dan pentadbiran kontrak perolehan.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Meor Saharizan bin Meor Idris, dari INTAN Kampus Wilayah Utara. Hadir sama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah binti Abdul Aziz.