LAWATAN PENGARAH PERBADANAN AWAM PAHANG KE PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK
IPOH, 7 Julai 2026 – Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Maria binti Hamzah, bersama pegawai pengiring telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Perak bagi meninjau Perpustakaan Digital Perak serta kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, bersama barisan pegawai PPANPk.
Sepanjang lawatan tersebut, telah diberikan taklimat mengenai pembangunan Perpustakaan Digital Perak yang kini berada di fasa akhir persiapan menjelang pembukaan rasminya yang dijadualkan pada Ogos 2026. Turut dikongsikan perkembangan projek naik taraf bangunan serta usaha PPANPk dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan perpustakaan digital kepada masyarakat.
Rombongan turut dibawa meninjau ruang dan kemudahan baharu yang menampilkan identiti Negeri Perak melalui konsep reka bentuk moden dan mesra pengguna.
Lawatan ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam pembangunan perpustakaan digital serta transformasi perkhidmatan perpustakaan awam, di samping mengeratkan hubungan profesional antara kedua-dua institusi.
PPANPk berharap lawatan seumpama ini akan terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara perpustakaan awam di Malaysia, sekali gus menyokong usaha melahirkan masyarakat berilmu melalui penyediaan perkhidmatan perpustakaan yang lebih inovatif, inklusif dan berdaya saing.
























































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





