KURSUS PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 19 NOVEMBER 2024 – Seramai 35 orang kakitangan dan pegawai PPANPk telah mengikuti kursus Pembangunan Pelan Strategik PPANPk yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Transformasi Bandar (UTC). Turut hadir Pengarah PPANPk, Puan Rafidah binti Abdul Aziz. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai langkah-langkah pembangunan pelan strategik PPANPk berdasarkan Garis Panduan Pembangunan Pelan Strategik Organisasi Sektor Awam yang dikeluarkan oleh MAMPU. Pengisian kursus ini turut menerangkan 5 modul dan latih amal iaitu Mengenal Pasti Stakeholder dan Pelanggan, Teras Strategik dan Cabaran Persekitaran, Pelan Tindakan, Pelaksanaan Pemantauan dan Penilaian serta Dokumentasi Pelan Strategik.

Terima kasih kepada penceramah kursus iaitu Encik Ahamad Zafwan bin Sulaiman, Ketua Unit Latihan Pasca Perkhidmatan INTAN Putrajaya dan fasilitator Cik Aminah binti Mohamad Noor dalam perkongsian Ilmu dan mengendalikan kursus berkenaan. Semoga ilmu yang diperolehi oleh para peserta dapat digunakan dalam penyediaan dokumentasi dan perancangan pelan strategik PPANPk.