BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PPANPk DAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2024

Kuala Lumpur, 23 dan 24 Mei 2024 -Bengkel Pembangunan Pelan Strategik PPANPk telah diadakan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Bengkel ini diadakan dengan bertujuan untuk memurnikan pelan strategik supaya dapat menjadi panduan serta tindakan bahagian bagi mencapai matlamat jabatan dalam merancang rangka kerja dengan tersusun dan sistematik.

Disamping itu, seramai 20 orang pegawai termasuk Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz juga telah mengunjungi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) untuk membuat pembelian dan pemilihan koleksi-koleksi perpustakaan bagi tahun 2024. Pada hari pertama pembukaan PBAKL, PPANPk berpeluang menyediakan pameran, aktiviti menarik dan jualan cenderamata kepada pengunjung PBAKL di reruai Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Untuk makluman semua, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024) kali ke-41 bermula pada 24 Mei hingga 2 Jun 2024 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Waktu lawatan ke PBAKL 2024 bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Masuk adalah percuma.