PANTUN WARISAN 2026 SERLAH BAKAT MAHASISWA, ATMA SUJANA UNGGULI PERTANDINGAN
IPOH, 21 Oktober – Pertandingan Pantun Warisan 2026 yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) berjaya menghimpunkan seramai 24 peserta daripada lapan pasukan yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Perak.
Program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) melalui Galeri Khazanah Negeri Perak, dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara ini bertujuan memperkasakan seni pantun Melayu, di samping menyemai minat dan kecintaan generasi muda terhadap khazanah warisan budaya bangsa.
Pertandingan turut diserikan dengan persembahan berbalas pantun dan peragaan busana tradisional yang menyerlahkan keindahan serta keunikan warisan budaya Melayu.
Pasukan ATMA SUJANA dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan, diikuti pasukan PUTERI UPSI sebagai naib johan dan PUTRA UPSI di tempat ketiga. Sementara itu, lima pasukan lain yang terdiri daripada masing-masing satu pasukan dari UniKL, IPG Kampus Ulu Kinta dan UiTM Tapah serta dua pasukan dari IKBN Seri Iskandar turut menerima hadiah saguhati.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah PPANPk, YBrs. Dr. Rafidah binti Abdul Aziz. Hadir sama, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, YBrs. Encik Sharrul Rizal bin Hashim serta Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak, YBrs. Encik Hisham bin Mat Husein.
Penganjuran pertandingan ini diharap dapat menjadi platform untuk mencungkil bakat dan kreativiti generasi muda dalam seni berpantun, sekali gus memperkukuh usaha memelihara serta memartabatkan warisan budaya Melayu agar terus diwarisi oleh generasi akan datang















































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





