MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS RAMAH MESRA “KELUARGA PERPADUAN KREKAP 2022”

IPOH, 15 JANUARI 2023 - Mesyuarat Agung & Majlis Ramah Mesra “Keluarga Perpaduan KREKAP 2022” anjuran Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Kakitangan (KREKAP) telah diadakan bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan perpustakaan dalam Negeri Perak termasuk kakitangan daripada Perpustakaan Awam Cawangan Utama, Perpustakaan Awam Cawangan, Perpustakaan Desa dan Perpustakaan Komuniti.

Mesyuarat Agung telah dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan Pelantikan Jawakankuasa Baru untuk tahun 2023.

Antara pengisian program oleh Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Kakitangan (KREKAP) iaitu Majlis Bacaan Surah Yasin, sukan keluarga dan cabutan bertuah. Turut hadir Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz juga merangkap Penasihat KREKAP.