MESYUARAT PRA PEMBINAAN DAN LAWATAN PEMERIKSAAN KEROSAKAN DAN KECACATAN SEDIA ADA BAGI PROJEK KERJA-KERJA NAIK TARAF DAN PEMBAIKAN BUMBUNG DAN LAIN-LAIAN KERJA BERKAITAN DI BLOK UTAMA PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI

IPOH, 11 Januari 2024 – Encik Mohmad Kharul Fitry sebagai Wakil Pegawai Penguasa, Jurutera Bangunan JKR Kinta telah hadir bersama-sama dengan kontraktor utama di bangunan Perpustakaan Awam Negeri dalam satu lawatan pemeriksaan kerosakan dan kecacatan sedia ada bagi Projek Kerja-kerja Naik Taraf dan Pembaikan Bumbung dan Lain-lain Kerja Berkaitan di Blok Utama Perpustakaan Awam Negeri.

Terdahulu Pengarah PPANPk, Puan Rafidah binti Abdul Aziz telah hadir bersama-sama dengan pegawai lain dalam satu Mesyuarat Pra Pembinaan bagi projek berkenaan pada 9 Januari 2024, di Bilik Mesyuarat Utama, JKR Daerah Kinta dan mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Jurutera JKR Daerah Kinta, Ir. Atikah binti Md Radzi.

Sebagai makluman, projek ini merupakan projek Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak yang mempunyai tempoh kontrak selama 70 minggu bermula 10 Januari 2024 hingga 13 Mei 2025. Semoga projek ini dimudahkan urusan dan berjalan dengan lancar oleh Allah S.W.T sepanjang tempoh kontrak berlangsung.