MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID SK PEREMPUAN METHODIST IPOH

IPOH, 11 Januari 2025 - Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, YBrs. Puan Rafidah Binti Abdul Aziz telah menerima jemputan bagi merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid SK Perempuan Methodist Ipoh.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang menerima anugerah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Terima kasih kepada Guru Besar SK Perempuan Methodist Ipoh, Puan Peggy Wong serta barisan jawatankuasa dan ahli jawatankuasa majlis. Dengan penganjuran ini, ia diharapkan menjadi satu galakan kepada murid untuk berusaha lebih gigih dalam mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Semoga barisan pemimpin dan pendidik SK Perempuan Methodist Ipoh terus memberikan yang terbak dalam memastikan kecemerlangan murid-murid SK Perempuan Methodist Ipoh.