PROGRAM PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN MULTIMEDIA@SRA AR-RIDHWANIAH, KG TELUK MEDAN

BAGAN SERAI, 08 Februari 2023- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menerima jemputan bagi menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan Multimedia yang bertempat di SRA Ar-Ridhwaniah, Kampung Teluk Medan, Bagan Serai Perak bersempena Hari Karnival Pendidikan Islam. Seramai 365 orang pengunjung dan 286 orang peserta telah menyertai aktiviti yang dijalankan.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyemarakkan lagi minat membaca dikalangan pelajar disamping dapat mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.

Antara pengisian program adalah Roda Ilmu, Hide and Seek Puzzle dan Pameran Perpustakaan Multimedia.