LAWATAN KERJA YB PENGERUSI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI (PPANPk) PERAK DI PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 14 Mac 2023- Yang Berhormat Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, YB Khairudin bin Abu Hanipah  telah  mengadakan sesi lawatan secara tidak rasmi di ruang kerja kakitangan dan perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Tujuan sesi lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama sediada di samping meninjau persekitaran perpustakaan dengan lebih dekat lagi. Turut mengiringi lawatan tersebut adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah Binti Abdul Aziz dan pustakawan, Puan Junaimi Abdul Moin.  Dalam sesi lawatan tersebut, Yang Berhormat berkesempatan untuk meninjau kawasan yang terjejas akibat kerosakan siling dan jubin terutamanya di ruang aras bumi dan ruang kerja Bahagian Pendokumentasian dan Teknikal. Berdasarkan sesi lawatan berkenaan Yang Berhormat sedia maklum akan keadaan semasa dan akan terus memberi sokongan dan kerjasama kepada PPANPk.