LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN NAIK TARAF PRASARANA PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN PANGKOR

PULAU PANGKOR, 8 Januari 2025 - Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, YBrs Puan Rafidah Binti Abdul Aziz, bersama Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat telah mengadakan sesi perbincangan mengenai usaha penambahbaikan Perpustakaan Awam Cawangan Pulau Pangkor. Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs Tuan Haji Asmadi Bin Teh (Pegawai Khas Menteri Pendidikan Tinggi), YBrs Puan Zarina Binti Ishak (Penghulu Pulau Pangkor), Encik Azhar Bin Jamaludin (Pengurus NADI Pangkor), Puan Mazwin Teh Binti Abdul Rahman (Ketua Kampung Teluk Kecil), Encik Muhammad Latif Bin Saad (Pengerusi JPKK Teluk Raja Bayang), dan Encik Omar Bin Latif (Pembantu Pegawai Khas). Perbincangan tersebut bertujuan untuk menjalin kerjasama bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan prasarana Perpustakaan Awam Cawangan Pualau Pangkor. Selain itu, Pengarah turut melakukan lawatan kerja ke Perpustakaan Desa Teluk Raja Bayang di Pulau Pangkor.