SOROTAN LAWATAN PENANDA ARAS KE PERPUSTAKAAN NEGERI DI BAWAH BAYU, SABAH

Sorotan sekitar sesi lawatan kerja rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak ke Perpustakaan Negeri di Bawah Bayu, Sabah pada 8 hingga 10 November 2023. Sesi lawatan kerja ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk bersama 9 orang kakitangan telah disambut mesra oleh Puan Hajah Abdillah, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah semasa mengadakan lawatan penanda aras ke Perpustakaan Cawangan Tanjung Aru. Lawatan ini adalah bertujuan mendapatkan pendedahan konsep, idea, keperluan dan prasarana dalam membangunkan perkhidmatan perpustakaan di PPANPk.

Pada program tersebut, delegasi PPANPk turut mengadakan lawatan ke Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Muzium Sabah dan  Perpustakaan Desa Mesilau. Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat dan memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan yang baik di antara perpustakaan.