KURSUS SISTEM PENGURUSAN ADUAM AWAM (SISPAA) DAN MICROSOFT OFFICE ADVANCE

IPOH, 08 Disember 2022 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Sistem Pengurusan Aduam Awam (SISPAA) Dan Microsoft Office Advance yang bertempat di Bilik Dahlia, Perpustakaan Awam Negeri Perak. Bengkel ini diadakan selama satu (1) hari dan seramai 16 orang peserta telah menyertai kursus yang dijalankan. Kursus ini disampaikan oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Encik Mohd Saiful Nizar Bin Hai Sam. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran pengguna dalam menguruskan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) & Microsoft Office Advance.

Antara pengisian kursus adalah cara membuat aduan menggunakan Sistem Pengaduan Awam SISPAA, cara membuat semakan semula aduan, SISPAA Supervisor, SISPAA Penyiasat, Microsoft Office Advance dan mencipta Google Form.