KERJASAMA JPN PERAK & PPANPK DALAM MEMPERKASA STEM DAN TVET

Ipoh, 13 Februari 2025 – Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengadakan sesi perbincangan mengenai program STEM dan TVET, termasuk kepakaran serta fasiliti yang dapat dimanfaatkan bersama.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pentadbiran PPANPk ini dihadiri oleh 6 pegawai JPN yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPN Perak, Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali, A.C.M dan Pengarah PPANPk, Puan Rafidah binti Abdul Aziz serta 2 pegawai PPANPk.