KEMPEN JOM BACA 10 MINIT BERSEMPENA KARNIVAL BACA PERDANA 2025

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) melaksanakan Kempen Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025, yang telah berlangsung sepanjang bulan Oktober bagi memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat serta membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian.

Inisiatif ini turut menyokong aspirasi Malaysia Membaca yang digerakkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan disokong oleh Kementerian Perpaduan Negara, dalam usaha membentuk masyarakat berilmu dan berdaya saing melalui pembacaan.