PROGRAM KARNIVAL DIGITAL PERAK 2022

IPOH, 29 Oktober 2022- Perpustakaan Bergerak Multimedia Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah dijemput bersama-sama menyertai program Karnival Digital Perak 2022 bersempena Sambutan Minggu Steam dan Bahasa Tahun 2022 anjuran Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Seramai 450 orang pengunjung dan 160 orang peserta telah menyertai aktiviti yang disediakan oleh perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Multimedia, PPANPk. Antara pengisian program adalah pameran perpustakaan bergerak, promosi perpustakaan, promosi pangkalan data, kuiz roda ilmu dan hide & seek.