KARNIVAL BUKU BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR

KUALA KANGSAR, 27 OKTOBER 2023- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Karnival Buku Bandar Diraja Kuala Kangsar anjuran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) bertempat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Karnival ini berlangsung selama 9 hari bermula dari 27 Oktober sehingga 5 November 2023 dengan tema “Bitara Minda Lestari Kehidupan”.

Majlis Perasmian Karnival Buku Bandar Diraja Kuala Kangsar telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar A'fifulah Shah. PPANPk telah menerima sumbangan buku yang disampaikan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan. Sebelum berangkat pulang Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berkenan meluangkan masa melawat reruai PPANPk.

PPANPk juga diberi peluang untuk mengadakan slot Bengkel Biblioterapi yang disertai oleh 150 orang pengunjung dari kalangan pelajar sekolah dan orang awam.