MAJLIS PERASMIAN PROGRAM IMARAH RABIULAWAL 14445H PERINGKAT KARIAH MASJID MELAYU TELUK INTAN

TELUK INTAN, 2 Oktober 2023-  Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak hadir merasmikan  Program Imarah Rabiulawal 1445H Peringkat Kariah Masjid Melayu Teluk Intan anjuran Jawatankuasa Masjid Melayu Teluk Intan (MMTI) bertempat di Dewan Solat Kariah Masjid Melayu Teluk Intan, Jalan Selat Teluk Intan.

Program ini merupakan daya-usaha bersama di antara  pihak jawatankuasa Masjid Melayu Teluk Intan (MMTI), Perpustakaan Awam Cawangan Utama Teluk Intan dan SK Horley Methodist. Program di mulakan dengan perarakan Selawat & Silaturahim Maulidur Rasul di perkarangan Perpustakaan Awam Teluk Intan dan SK Horley Methodist. Seterusnya program diteruskan dengan Kuliah Dhuha Perdana Maulidur Rasul disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Zainudin bin Mohamed Zaini (PU Yeop).  Seramai lebih kurang 300 orang terdiri dari Ketua-ketua Jabatan, para pegawai, masyarakat setempat dan para pelajar SK Horley Methodist hadir bagi menyertai program ini.

Hadir sama dalam program tersebut, YDH Toh Mahkota Lela Tuan Hj Abu Bakar bin Mohammad, Orang Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, YBrs. Tuan Hj. Ibrahim bin Arshad, Ketua Jemaah Penasihat Jawatankuasa Masjid Melayu Teluk Intan, YBhg. Dato’ Hjh. Siti Zainon binti Abu Mansor, Penasihat Kumpulan Muslimah Al-Medina MMTI, YBrs. Tuan Hj. Mohamed Shafie bin Abdul Karim, Ayahanda Mentor Kumpulan Imarah MMTI.