HARI POTENSI DAN KREATIVITI @PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN TELUK INTAN

TELUK INTAN, 30 November 2022–  Hari Potensi dan Kreaktiviti julung kali diadakan di Perpustakaan Cawangan Teluk Intan bagi mengenal potensi diri serta menyerlahkan kreativiti bagi menarik minat komuniti setempat untuk hadir ke perpustakaan. Seramai lebih kurang 350 orang pengunjung dan 315 orang peserta yang hadir menyertai aktiviti yang dianjurkan. Antara pengisian program yang menarik adalah Slot Bual Bicara yang menampilkan dua (2) ikon belia Perak iaitu ikon Orang Kelainan Upaya (OKU), Cik Nor Farrah Shahirah Bt Shaari, dan Penyelamat Misi Bantuan Banjir Sri Muda 2021, Encik Mohd Shahril Bin Mustafa. Slot bual bicara ini secara tidak langsung mampu untuk menaikkan semangat peserta serta dapat memberi pendedahan kepada belia mengenai aktiviti berpesatuan dan sukarelawan. Selain itu, pihak perpustakaan ada menyediakan lain-lain aktiviti yang menarik pada hari berkenaan seperti pertandingan congkak, jigsaw puzzle, pertandingan busana kertas, teka berat buku, teka mukasurat buku, pertandingan cerita pendek dan pertandingan rekacipta (tanah liat) dengan tema : robotik. Hadir sama, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, Puan Wirda Lisa@Hanim Dalina binti Mohd Arsad.