PPANPk BANGGA SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024

IPOH, 31 Ogos 2024 - Berarak dihadapan orang ramai pada acara kawad kaki dan perarakan kenderaan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).

Penglibatan PPANPk dalam acara kali ini adalah bagi mempamerkan kepentingan dan peranan perpustakaan dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti kepada masyarakat akan sentiasa mendapat sokongan padu daripada semua pihak dalam mencapai matlamat PPANPk untuk terus melangkah kehadapan seiring hasrat PPANPk untuk melahirkan lebih ramai masyarakat berilmu pengetahuan.

Tahniah kepada kontinjen kawad dan kenderaan PPANPk yang telah memberi komitmen yang terbaik dalam perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 bertempat di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.