PROGRAM DIALOG UTARA KE-16 (UTARA MALAYSIA, SELATAN THAILAND, DAN SUMATERA UTARA DAN ACEH, INDONESIA) “TEMA: KELESTARIAN ALAM DAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA” DI HOTEL CASUARINA @ MERU
IPOH, 23 September 2022- Kerajaan Negeri Perak di bawah kelolaan Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) adalah dijemput menganjurkan Program Dialog Utara-ke16 2022, bersama-sama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), GAPENA dan Lembaga Pembangun Sastera (LEPAS) Perak, yang bertemakan “Kelestarian Alam dalam Bahasa, Sastera, dan Budaya”. Program ini diadakan pada 23 hingga 25 September 2022 bertempat di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kesinambungan hubungan melalui maklumat, bahasa, sastera dan budaya serumpun disamping dapat memupuk dan memelihara persefahaman di antara para penulis, sasterawan dan budayawan di Wilayah Utara Malaysia, Selatan Thailand, Sumatera Utara dan Aceh, Indonesia dalam bidang bahasa, sastera dan budaya. Majlis Perasmian dan Jamuan Makan Malam Budaya Serumpun Dialog Utara ke-16, 2022 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Saidi Bin Mohd Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Negeri Perak mewakili kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Hadir sama, Yang Berhormat Puan Jamilah binti Zakaria, Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin Datuk Wira Haji Borhan, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera mewakili Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Para delegasi dari Pattani, Thailand, Acheh, dan Medan serta Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.