HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN DAN FESTIVAL SASTERA DAN SENI KANAK-KANAK ANGKAT WAJAH BAHARU PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI DAN DIGITAL
IPOH, 11 September 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) menganjurkan Hari Terbuka Perpustakaan Awam Negeri & Digital dan Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak 2026 selama dua hari, bermula 11 hingga 12 September 2026 sebagai platform memperkenalkan wajah baharu perpustakaan selepas melalui proses naik taraf dan penjenamaan semula.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang turut merakamkan tahniah kepada PPANPk atas penganjuran program serta usaha penjenamaan semula kepada Perpustakaan Awam Negeri dan Digital, selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan masyarakat masa kini. Beliau menegaskan bahawa perpustakaan bukan sahaja berperanan sebagai pusat ilmu, malah menjadi ruang yang menghubungkan ilmu, teknologi, kreativiti dan komuniti.
Sementara itu, YBrs. Dr. Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah PPANPk menyifatkan program tersebut amat bermakna sebagai program pertama selepas PPANPk melalui proses naik taraf dan tampil dengan wajah baharu. Beliau turut menekankan peranan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat, pusat komuniti dan informasi serta ruang pertemuan masyarakat.
Penganjuran Festival Sastera dan Seni Kanak-Kanak 2026 yang berlangsung serentak pula menjadi wadah untuk mendekatkan kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan pendidik dengan budaya membaca, sastera dan seni melalui pelbagai aktiviti menarik dan interaktif. Program ini diharapkan dapat memperkukuh budaya membaca serta membentuk generasi Perak yang berilmu, kreatif dan berdaya saing.
Hadir sama Wakil Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia, YBrs. Ts. Amirul Firdaus bin Zilah, ahli-ahli Lembaga Pengarah PPANPk serta Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia.






































































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





