PROGRAM CUTI SEKOLAH ZON PINTAR KANAK-KANAK PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI

Ipoh, 5 Jun 2023- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengadakan Program Sempena Cuti Sekolah bermula pada 29 Mei 2023 (Isnin) sehingga 02 Jun 2023 (Jumaat). Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan sempena cuti sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Seni Anyaman Kreatif Si Cilik, Lawatan Program Library Voyage To Taiping, Have Fun With Giant Snake And Ladder, Jejak Kata "Play With Alphabet", Pertandingan Bercerita, dan Santai Adik-Adik Catur, Dam & Scrabble. Lebih 80 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak bawah 12 tahun dan 189 pengunjung terdiri daripada ibubapa dan pengiring telah menyertai program ini.Tujuan utama program ini di anjurkan adalah untuk:     

  • Mendidik kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif.
  • Mendidik keyakinan diri semasa berdepan untuk berbicara.
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan kebolehan dan bakat.

Program Sempena Cuti Sekolah ini dianjurkan oleh Zon Pintar Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Semoga aktiviti ini dapat mengisi masa yang terluang sewaktu cuti sekolah dan seterusnya memberikan manfaat kepada peserta.