PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) @ PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN UTAMA KUALA KANGSAR

KUALA KANGSAR, 7 FEBRUARI 2023 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang bertempat di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar. Program ini telah melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada LEPAS, MPKK, MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar dan kakitangan PPANPk. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan kerjasama antara perpustakaan dengan pihak luar disamping dapat menceriakan dan mendapatkan idea baru bagi menarik lebih ramai pengunjung ke perpustakaan terutama golongan remaja dan kanak-kanak. Selain itu, program ini juga dapat mengimarahkan Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar melalui program yang dirancang.

Antara pengisian program adalah aktiviti gotong-royong, aktiviti mengecat dinding di dalam bangunan perpustakaan, baik pulih papan pameran, menggilatkan kayu kaunter/ kabinet pameran, membuat susun atur bunga taman di ruang bacaan terbuka dan sebagainya.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Puan Rafidah bt Abdul Aziz, Ketua Satu Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS), Tuan Haji Abdul Rashid Bin Ahmad Rafie, Penolong Pegawai Pertanian Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Encik Zahir Bin Saad dan wakil MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, Puan Murni Ashikin bt Normaen.