PROGRAM CAKNA PUSAT SUMBER SENI BUDAYA @ PERPUSTAKAAN MASYARAKAT PGA ULU KINTA

ULU KINTA, 18 Mei 2023- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Negeri Perak (JKKN) telah menganjurkan program Cakna Pusat Sumber Seni Budaya bertempat di Perpustakaan Masyarakat PGA Ulu Kinta bersempena dengan program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Seramai 100 orang terdiri daripada anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am, murid pra sekolah dan tahap 2 telah menghadiri dan menyertai program ini.

Program Cakna Pusat Sumber Seni Budaya @ Perpustakaan Masyarakat PGA Ulu Kinta telah disempurnakan oleh SUPT Mohammad Hafiz bin Kadir, Komandan Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am. Program ini bertujuan mempromosikan perkhidmatan, fasiliti, kemudahan dan aktiviti gerakan membaca perpustakaan kepada semua pengguna perpustakaan tanpa mengira  usia dan agama. Ia juga sebagai sokongan daripada PPANPk bersama-sama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat.  Antara Aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna, pertandingan peragaan busana kertas, Jom Baca Bersama 10 Minit, pertandingan congkak, pertandingan teka silang kata dan pertandingan mencari harta karun.

Hadir sama, Pengarah JKKN Perak, Encik Abd Rashid bin Abdullah, Timbalan Komander Brige Utara, ACP Mohd Noh bin Khamis, Penolong Pegawai Pemerintah, Batalion 1 PGA, DSP Mohd Khairi bin Abdullah dan Pustakawan PPANPk, Puan Junaimi binti Abdul Moin.